Jan 31, 2013

Event menarik hujung minggu ini (1-3 Februari 2013)

Assalamualaikum
Hi semua

Pada hujung minggu ini ada banyak event best yang boleh korang pergi

Event pertama : Karnival Karangkraf

Karnival ini bermula 1 Februari sehingga 3 Februari 2013
Karnival ini akan berlangsung dari 9.00 pagi sehingga 7.00 malam kecuali pada 2 Februari, karnival berlangsung dari 9.00 pagi sehingga 10.00 malam
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan
Karnival Karangkraf ini akan diadakan di :
Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf,
No 1, Jalan Renggam 15/5,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Untuk yang suka baca majalah Hijabista, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di booth Hijabista
More info dekat poster bawah ni :


Kalau korang nak jadi model untuk majalah Hijabista, ini lah masa nya!
More info dekat facebook page Hijabista

Majalah Remaja juga akan mengadakan pencarian model bagi majalah tersebut
More info click SINI

Event kedua : Femes Bazaar


Femes Bazaar ini akan diadakan di Rasta TTDI pada 2 & 3 Februari 2013 bermula 10.00 pagi sehingga 5.00 petang
Banyak booth best2 seperti booth dari butik Baajookoo by Yasmin Hani + Atilia Haron + Daphne Iking
Gempak gila!
Tapi anis tak dapat pergi sebab dekat Kelantan...
Kalau tak, dah banyak shopping list ni...
Hewhew
More info tentang Femes Bazaar ni boleh tengok kat Facebook page Femes Bazaar

Next event : Zawara Official Launch


Zawara Official Launch ini akan diadakan pada 2 Februari 2013 di Zawara Busana @ Menara MARA
Majlis ini akan bermula pada 10.00 pagi
Orang ramai dijemput hadir
200 pengunjung pertama akan menerima door gift
Selain itu, akan diadakan lucky draw untuk anda memenangi Exclusive Tod's Handbag!

Di facebook page Zawara, korang boleh join Share & Like Contest
Hadiah merupakan beg tangan TOD'S bernilai RM2200!
Awesome!
Nak join? Cepat2 ke page Zawara, click SINI


Selamat berhujung minggu
XOxo

Wonderpet!!! I need help :)

*sticky post, refer blog archive or click older post for latest entry :)

Assalamualaikum
Hi semua

Sodap membuta selepas habis exam semalam, walaupun nak kata stay up hari-hari pun tak juga :p
Hahaha
Drama je lebih anis ni, LOL!

Actually banyak benda anis nak update kat blog ni tapi exam punya pasal, haruslah tolak tepi dulu blogging...
I'm so sorry =_='

Anyway, anis perlukan bantuan-bantuan korang korang semua, yes SEMUA, untuk vote anis for World Bloggers & Social Media Awards 2013 untuk category Favourite Lifestyle Blog


Sebelum korang vote, korang kena register dulu, click SINI
Isi semua maklumat yang diperlukan dan click submit
Lepas tu korang akan dapat email untuk pengesahan/verification beserta dengan username dan password korang

Lepas dah dapat username ngan password, Log In lepas tu korang click dekat category Favourite Lifestyle Blog (refer gambar bawah ni)



Then scroll down sampai jumpa blog anis then click VOTE

Senang je proses voting ni sebenarnye, antara mahu dengan tak mahu aje
Hahaha
Kalau tak nak vote anis pun takpe... Tapi vote lah blogger kesayangan korang yang lain...
Anis pun dah vote blog2 pilihan anis untuk setiap category
Hanya sekali je vote, tak perlu vote setiap hari
Voting bermula dari 1 January sehingga 8 February 2013

Happy Blogging
^_^
XOxo

Jan 30, 2013

Update : hadiah 22 birthday giveaway

Assalamualaikum
Hi semua

Actually hadiah dari Aisyah Taib ni dah lama sampai cuma anis tak sempat nak update sebab hari tu busy dengan final exam
By the way, anis nak inform dekat para peserta giveaway yang hadiah dari Aisyah Taib dah sampai dekat anis
Ada dua hadiah yang di sponsor iaitu hot perfume : perfume wanita dan juga perfume locker


Hadiah ini nanti untuk dua pemenang yang akan dipilih secara random menggunakan random.org
Siapa lah yang bertuah ye?
Hehehe

Satu lagi update yang anis nak inform dekat korang, hadiah giveaway telah bertambah!
Sebelum ini anis ada sponsor untuk satu giveaway tapi pemenang untuk hadiah yang anis sponsor tak tuntut hadiah itu
Selepas berbinang dengan blogger yang anjurkan giveaway tersebut, dia bersetuju untuk let-go hadiah itu memandangkan pemenang tak tuntut hadiah tersebut
Hadiah tersebut adalah tumbler comel gambar bear kat bawah ni :

Pemenang untuk tumbler ini juga akan dipilih secara random menggunakan random.org

Good luck kepada semua peserta
Kalau nak hadiah super best, promote giveaway ini dan jadi top referral
Yang belom join, cepat terjah entry ini : http://www.anisempoi.com/2012/12/22th-birthday-giveaway.html
*memandangkan sekarang anis berada di rumah dan online pakai phone jek, anis akan update senarai link peserta selepas anis dah balik kolej nanti ya... Korang hantar je link, nanti anis update, jangan risau ^_^
XOxo

Jan 29, 2013

InstaFamous

Assalamualaikum
Hi semua

Alhamdulillah, anis dah selamat sampai rumah di Kelantan
Home sweet home!
Actually anis start cuti dah lama dah tapi atas sebab-sebab tertentu anis stay a little bit longer dekat kolej
One of them sebab nak pegi majlis pertunangan kawan anis pada hari ahad lepas dan satu lagi sebab anis ada sesi temu ramah dan juga photoshoot
Temu ramah ape?
Rahsia!
Sampai masa nanti anis gitau korang ^_^

Pada hari kawan anis tunang, anis pakai baju kurung peplum lacey lana dari minazboutiquestudio.com
Ramai yang cakap baju tu cantik dan memang anis tak nafikan baju-baju rekaan minazboutiquestudio.com memang cantik

*more pictures in this entry : http://www.anisempoi.com/2013/01/e-day-of-my-friend.html

Pada hari temu ramah dan photoshoot pula, anis pakai fishtail peplum dari padieka.com


Tak sangka ramai yang like gambar anis ni dekat facebook dan juga instagram
Terasa famous sekejap!
Hahaha
Sekejap je hokey... Hehehe

Ramai yang sukakan fishtail peplum ni dan anis pun suka gila-gila dengan fishtail peplum ni
FYI, padieka.com dah banyak kali restock baju ni tapi permintaan makin lama makin banyak
Bila update je, tak sampai 5 minit dah sold out
Nanti kalau padieka.com update lagi anis nak grab warna purple pulak
Harap-harap lah dapat >_<

Segan sebenarnye nak bagitau tapi nak jugak bagitau
Knape tajuk entry kali ni instaFamous?
Nah tengok brape ramai like gambo anis dekat page padieka raccolta


Dekat instagram padiekaraccolta


Dekat facebook anis


Dekat instagram anis


Segan pulak >_<
Tiba-tiba famous
Bukan orang suka tengok anis, semua pakat duk berkenan dengan baju fishtail peplum tu
Sangat cantik hokey!
Nak dapatkan baju cantik-cantik macam ni? Mai pakat terjah padieka.com
XOxo

Jan 28, 2013

E-day of my friend

Assalamualaikum
Hi semua

Semalam, ahad (27 Januari 2013), merupakan hari istimewa buat ex-classmate anis, fify
Kira orang pertama dalam kalangan classmate anis yang bertunang
Tahniah anis ucapkan
*isy, jealous2.. anis lambat lagi nak grad..sobs2 ;(

Pagi-pagi lagi dah bersiap-siap sebab rumah kawan anis ni dekat klang, agak jauh dari KL
Hari ni anis pakai baju kurung Peplum Lacey Lana dari Minazboutiquestudio.com
MNG Tote Pink Beg from Ruffles and Ribbons

 

Nasib baik ada application Waze dekat iphone, so senang nak cari jalan dan tak sesat
Waze ni macam google map jugak dan waze juga boleh dijadikan sebagai GPS

So kitorang takde lah sesat nak mencari rumah kawan anis ni
Sempat sampai sebelum majlis bermula, alhamdulillah...
Bila dah lama tak jumpa, macam-macam kitorang borak
Tak sangka, dah nak bertunang dah pun kawan anis sorang ni
Tak lama lagi dah nak jadi bini orang
Cepat betul masa berlalu... hewhew

Majlis bermula sebaik sahaja masuk waktu zohor
Anis dan kawan-kawan yang lain tak involve dengan perbincangan mak-mak ngan ayah-ayah kat luar sebab kitorang teman kawan anis ni dalam bilik
Sesambil nak meredakan kecuakan kawan anis ni, ape lagi, snap lah gambar sementara nak tunggu mak-mak ngan ayah-ayah habis bincang



Selepas kesemuanya dah dibincangkan dan dipersetujui, tiba masa sarung cincin dari bakal mak mertua
Time ni mesti kawan anis nervous gila
Mana tak nya, kena duduk atas pelamin dan jadi centre of attention
Semua sedara mara tengok, segan2 >_<


Kitorang pun nak jugak merasa duduk atas pelamin
Ambik berkat katanya
hehehe

Eh, sama pulak warna tema pelamin dengan warna baju anis
hahaha

Bila lah agak nya anis nak bertunang yek? tet....

Apa-apa pun anis nak ucapkan tahniah kepada kawan anis ni
Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar
Kahwin nanti wajib jemput kitorang tau

XOxo

Jan 26, 2013

Chinese New Year Promotion at Etude House

Assalamualaikum
Hi semua

Korang semua buat ape di hujung minggu ni?
Anis masih lagi kat kolej walaupun dah habis exam
Stay kat kolej semata-mata nak attend engagement x-classmate anis esok
Orang pertama dalam kalangan classmate anis yang bertunang!
Anis pulak yang excited kemain ni
Hahaha

Actually anis tak tahu nak beli ape dekat kawan anis ni
Pikir punya pikir, teringat hari tu anis ada beli barang dekat Etude House dan dapat discount 40% sempena Chinese New Year
Anis suka singgah Etude House ni sebab design kedai Etude House ni pink and ala-ala princess gitu
>_<
Nah tengok kalau tak caya


*gambar ambik via google

Barangan yang anis beli hari tu antaranya :
Collagen Moistful Facial Mist = RM89.90
Rich Vitamin Hand Cream = RM39.90
Facial Mask = RM6.90 (4)
Bila total up and tolak 40% discount, all together only RM94.45!
Pergh! Manage to get all this things below 100! Clap clap!


Disebabkan anis telah membeli-belah dengan rakus sekali dan melebihi RM80, anis dapat this cute and lovely and princessy calendar for free
*princessy = feeling ala-ala princess (adik2 jangan letak dalam essay BI yerk, kang cikgu english babab karang...hahaha)


More info about the promotion, view the posters below :



Semalam anis ke Etude House Pavilion untuk beli hadiah kawan anis ni tapi dekat Etude House Pavi tak de CNY Promotion ni tapi ada 50% off bila beli 3 items and above, for selected items only
Ok lah, at least ade juga discount kan
hehehe

Untuk hadiah pertunangan kawan anis ni, anis belikan :


Cer teka ape ke benda ni???
Cute kan ^_^

Untuk anis pulak, anis borong facial mask dan eye patch
Suka pakai facial mask ni sebab kulit muka rasa lebih lembut and moistful
Baru nak cuba pakai eye patch ni untuk masalah mata panda yang kalau tidur 12 jam pun still ada dark circle =_="

*yang bawah collagen eye gel patch tu ada 5 keping mask actually, dia cantumkan sekali dalam satu packet

5 keping mask (It's Real)  = RM28
Facial mask lemon and green tea = RM6.90 each (tolak 50% discount = RM3.45 each)
Collagen Eye Gel Patch = RM12.90 (tolak 50% discount = RM6.45)

Tujuan ke Pavi semalam nak beli hadiah untuk kawan anis jek, tapi bila dah ada sale sana sini, tak tertahan nafsu shopping ni... hewhew
Semalam dekat Vincci ada sale up to 70% off
Gila ramai wanita-wanita dekat Vincci semalam dan yang lelaki-lelaki terpaksa menunggu di sofa
Nasib baik ada sofa, kalau tak hangin semua lelaki-lelaki kat situ
Hahaha

Dekat Vincci semalam anis beli flat shoes
Selalu pakai flat shoes ke class, memang jarang pakai sandle dan rasa macam tak pernah langsung pakai wedges pegi class... mihmih


Ingat lagi anis pernah tulis entry about Pepper Lunch, baca SINI : http://www.anisempoi.com/2012/04/pepper-lunch-express.html
Semalam anis makan kat situ
Disebabkan dalam entry tu takde gambar yang anis snap, nah gambar untuk tatapan korang
chicken pepper rice


XOxo

Jan 25, 2013

Event menarik hujung minggu ini (26 januari 2013)

Assalamualaikum
Hi semua

Pada hari sabtu ni, 26 Januari 2013 akan diadakan boutique opening of House of Allya Mysara di seksyen 7 Shah Alam


Tarikh : 26 Januari 2013 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Alamat : No 11A, Jalan Plumbum, P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor
(behind Jakel)
Contact number : 019-916 3619
Tema : "Thumbelina" in Fairyland


Dengan pembelian sebanyak RM100 dan ke atas dalam satu resit, korang layak untuk memenangi voucher sebanyak RM26.00 dan  ipad mini. 
100 voucher dan 3 ipad mini untuk dimenangi!
Selain itu, korang akan menerima Bawalena Shawl secara percuma dengan apa-apa pembelian di House of Allya Mysara
Pada hari opening ni juga, korang boleh dapatkan VIP card House of Allya Mysara secara percuma!

Selamat berhujung minggu
XOxo

Jan 24, 2013

Sentiasa nak cantik!

Assalamualaikum
Hi semua

Hari ini, 12 Rabiulawal 1434H merupakan hari kelahiran Rasulullah S.A.W
Salam maulidur rasul anis ucapkan kepada muslimin muslimat sekalian
Jom kita perbanyakkan selawat ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

...

Lumrah kalau dah jadi perempuan ni memang semua benda nak cantik, betul tak?
Lagi-lagi bab pakaian seperti tudung, baju, kasut, beg dan semua-semua lah
Bila pakai cantik-cantik ni rasa lagi confident untuk berhadapan dengan orang ramai
Tapi over melaram pun tak best jugak, sebab terlampau menarik perhatian orang sampai naik rimas, kan?
Walaupun bersederhana tapi tetap nak yang cantik!
Contoh kalau nak beli notebook, antara buku latihan sekolah atau notebook bercorak tribal, mesti pilih yang bercorak tu sebab ianya lebih menarik dan cantik!
Conclusion nye memang perempuan suka kan kecantikan

Tak kira lah kat mana-mana pun perempuan mesti nak nampak cantik dan sukakan kecantikan
Bukan sebab nak dipuji atau nak show off, memang lumrah perempuan suka sesuatu yang cantik
Cantik untuk diri sendiri ^_^

Waktu yang kita nak nampak paling cantik adalah waktu "dating"
Nak jumpa orang yang kita cinta mestilah nak nampak cantik, begitu juga waktu kita "dating" dengan pencipta kita, Allah S.W.T

Selalu korang shopping online beli baju, beg, tudung dan lain-lain, apa kata kali ni kita shopping telekung pulak dekat Bella Ammara


Telekung ini sangat cantik!
Anis suka jahitan bahagian muka sebab bila pakai nampak cantik
Telekung ni diperbuat daripada kain satin yang lembut, sejuk dan tak jarang plus ada lace ^_^
Kualiti nya juga tip top!



Ada banyak lagi warna-warna menarik dan yang paling anis suka peach puff dan pinky peach tapi time anis nak beli tu takde warna tu.. ;(
Tapi warna brownish green ni pun cantik, anis suka :D
Most of the time Ammara Collection ni memang cepat gila sold out, laku bak pisang goreng panas, dapnye...
So korang better selalu lah jenguk-jenguk page Bella Ammara

Satu lagi hot selling dekat Bella Ammara adalah Safar Collection
Ni telekung travel
Beg ni kecik je, senang dibawa dan ringan


Macam anis cakap dalam entry semalam (http://www.anisempoi.com/2013/01/3-in-1.html), better kita bawak telekung sendiri daripada guna telekung yang disediakan di surau untuk mengelakkan tidak khusyuk disebabkan masalah telekung berbau dan kotor

Finally, dapat jugak cari telekung travel ni :)


*berkedut sebab tak iron, lepas dah dapat parcel semalam terus cuba and snap gambar :p

Kain telekung yang ni nipis sikit, sebab tu ringan dan mudah nak sumbat dalam beg kecil tu
Tapi sebab warna telekung ni gelap, so ianya tak nampak jarang
Safar Collection ni juga ada pelbagai warna yang boleh dipilih dan harganya hanya RM29 sahaja
Untuk Ammara Collection yang kat atas tu, harganya RM144

Last but not least, kecantikan itu hak milik setiap insan :)
Salam Maulidur Rasul
XOxo

Jan 23, 2013

3 in 1

Assalamualaikum
Hi semua

Alhamdulillah, anis baru sahaja habis exam hari ni
Nak kata lega pun tak jugak sebab paper isnin hari tu anis tak dapat jawab dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, tambah-tambah lagi anis sakit 'abc' =_="
Hanya kaum hawa yang faham sakitnye macam mana... huuu ;]

Selalu kalau pegi class anis pakai biasa-biasa jek..
Senang cerita, anis selalu pakai selekeh cincai dan bantai saja lah! haha!
Tapi hari ni mood kemain sehangat taik ayam, dress up lah sikit-sikit, kasi semangat nak jawab exam... hoho!

Okey, actually tak de lah dress up mana pun tapi bagi anis ni dah kira dress up lah jugak daripada hari-hari lain yang selalu pakai seluar dan tshirt long sleeve, tak pun baju kurung tak payah iron :p


Kalau perasan dekat tangan kiri anis macam ade lebam-lebam sikit kan
hehehe
Bukan lebam pegi bertumbuk pun, tangan anis terkena dakwat marker time pegang parcel post laju yang baru sampai

Hari ni anis terima 3 parcel serentak
That's why tajuk 3 in 1 :p

Parcel pertama dari Sincerelybyus Shawls
Tudung ni anis dapat sebab menang giveaway dekat facebook
Alhamdulillah, rezeki anis :)
Kebetulan pulak sebelum ni anis ada satu jek tudung colour merah (bawal plain), sekarang dah tambah lagi satu dan bercorak
Daebak!


Parcel kedua pulak dari Bella Ammara
Yang ni telekung yang boleh dibawa kemana-mana sebab saiznya kecik dan boleh muat dalam handbag
Kalau kita pegi shopping mall kan, selalu kat surau ada yang betul-betul jaga kebersihan telekung tapi ada sesetengah tempat telekung kat surau tu ada kesan coklat kehitaman kan, tambah lagi bau busuk.. eeeuw!
So, untuk mengelakkan kita daripada tak khusyuk solat sebab terganggu dengan bau telekung tu, better kita bawak telekung sendiri kan2 ^_^
Telekung dari Bella Ammara ni cantik-cantik dan harga untuk telekung travel ni atau dipanggil Safar Collection ni hanya RM29 sahaja!

*more review about Bella Ammara in this entry : http://www.anisempoi.com/2013/01/sentiasa-nak-cantik.html

Last parcel yang diterima hari ni dari Ruffles and Ribbons
MnG Tote Pink!
Woot woot!



Sangat suka dengan beg ni sebab besar, boleh muat banyak benda plus warna pink!
Sangat cantik hokeh uolls!

Tiga barang yang diterima hari ini : square shawls, telekung for travel, MnG Tote Pink beg
Love all the items so much <3

XOxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...