Jun 30, 2012

Makanan terbaik untuk kecerdasan otak

Assalamualaikum
hi semua
Hari ni anis nak kongsikan beberapa makanan yang dikatakan mampu membuatkan otak kita lebih cerdas

1. Chocolate / Koko
Sape tak suka makan cakelat kan kan kan....Kenapa coklat ni sangat bagus untuk otak? Sebab dalam coklat mengandungi antioksidan. Antioksidan utama yang terdapat dalam coklat, yang dikenali sebagai flavonols, dikatakan dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otak.

2. Whole Grains / Biji-bijian
Gandum, bran dan germa gandum mempunyai kandungan folat yang tinggi, begitu juga dengan beras perang, oatmeal, roti gandum, barli, dan lain-lain. Semua makanan ini bekerja untuk meningkatkan aliran darah ke otak dan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti fungsi otak. Selain itu, makanan seperti gandum mengandungi banyak vitamin B6, yang penuh thiamine. Thiamine dapat membantu meningkatkan daya ingatan.

3. Green Tea / Teh Hijau
Teh hijau atau teh hitam mengandungi catechin  sangat bermanfaat bagi otakCatechin mampu membuatkan fikiran segar dan tajam dan juga dapat mencegah keletihan mental. Kedua-dua jenis teh (teh hijau dan teh hitam) baik untuk kesihatan otak.

Selain itu, teh hijau juga merupakan sumber antioksidan serta mengandung kafein yang baik untuk meningkatkan fungsi kognitif, fokus, dan konsentrasi.

Kafein dari teh hijau lebih baik dan lebih sehat daripada kopi.

4. Berries / Buah Beri

Beri yang penuh dengan antioksidan sangat baik dalam meningkatkan kemahiran motor dan kemampuan belajar secara keseluruhan sementara flavenoid sangat baik untuk meningkatkan memori. Dikatakan buah beri mampu membantu kita untuk mengingat semula peristiwa masa lalu.

5. Curry / Kari (makanan berempah)
Bahan utama dalam serbuk kari ialah curcumin, ianya penuh antioksidan yang membantu melawan penuaan otak dan mengekalkan fungsi kognitif apabila usia kita semakin meningkat. Antioksidan juga menentang kerosakan radikal bebas yang boleh berlaku dalam badan. Radikal bebas boleh menyebabkan keradangan dan penyakit lain dalam badan. Bukan sahaja kari baik untuk otak, ia juga boleh melawan kencing manis dan penyakit jantung.

6. Nuts and Seeds / Kekacang
Pelbagai jenis makanan yang mengandungi kekacang  dan biji-bijian seperti hazelnut, kacang tanah, almond, walnut, pecans dan sebagainya adalah benar-benar baik untuk kesihatan otak. Ini kerana ia juga mengandungi Omega-3 serta Omega-6. Ia bertindak  sebagai anti-depressants kerana dapat membantu anda berfikir positif.

7. Leafy Green Vegetables / Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti kobis, bayam dan lain-lain sangat bagus untuk otak anda kerana mengandungi vitamin B6, vitamin B12 yang sangat membantu ketika kita perlu mengingati maklumat lama dan memproses maklumat  yang baru saja dipelajari.

8. Egg / Telur
Telur mengandung vitamin B12 dan lesitin. Vitamin B12 bukan saja mencegah penyusutan otak yang terjadi akibat penuaan, tetapi juga mencegah penyakit Alzheimer. Walaupun  telur mengandung kolesterol yang tinggi tetapi ia juga mengandungi choline yang tinggi, yang merupakan bahan pembinaan sel otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

9. Fish / Ikan (exp : ikan salmon)
Asid lemak atau dikenali sebagai omega3 yang terkandung dalam ikan amat bermanfaat untuk tubuh. Sebagai contoh, omega3 membekalkan banyak oksigen ke otak lalu membolehkan otak anda menyimpan banyak maklumat baru di samping mengekalkan memori lama atau yang sedia ada.

10. Oyster / Tiram
Tiram  kaya dengan zat besi dan zink  yang memelihara  otak sentiasa tajam dan berkemampuan untuk meningkatkan daya ingatan.

11. Yoghurt
Yoghurt mengandung vitamin B12 yang sering disebut sebagai "vitamin memori". Bercakap mengenai yoghurt, teringin pulak nak makan Tutti Frutti :p

Semoga info ini berguna untuk kita semua
XOxo

5 comments:

  1. I loveeee vege!Ikan salmon tak bape suka sbb agak smelly..hiks..

    ReplyDelete
  2. x penah rse salmon. hee. sedap ke? :)

    ReplyDelete
  3. salam..hye awakkk...kte muncul lg :P
    heheh..jom jemput ke blog kte pulaa... syiralokman.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Wah, pencinta vege! Mesti kulit cantik kan....

    Ikan salmon? Okey lah...tapi lagi suka tuna :)

    Hi syira :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...